Jumat, 11 Maret 2011

Lima perkara yang kurang saya lakukan dengan Maxis Wifi dan iPad


Pada entri yang lepas saya ada menyenaraikan lima perkara yang lebih kerap saya lakukan dengan adanya iPad dan modem Wifi daripada Maxis. Kali ini, mari lihat lima perkara yang kurang pula saya lakukan dengan kedua-dua alat ini:

Menggunakan laptop saya di rumah

Oleh kerana saya telah mengkhusukan komputer saya hanya untuk tujuan kerja, saya sudah jarang menggunakannya di rumah. Sebaliknya saya akan buka iPad saya dan mula melayari Internet, membalas komen di Facebook dan Twitter, serta membaca buku.
Malah, ada kalanya saya tidak bawa balik pun laptop dari pejabat. Ringanlah sikit bahu saya kerana tidak perlu berjalan ke rumah sambil memikul beg berat, barulah sihat dan cergas sepanjang hari.

Menggunakan (dan megecaj) smartphone untuk melayari Internet

Dengan adanya iPad yang dilengkapi dengan skrin yang besar, saya sudah kurang menggunakan smartphone untuk melayari Internet. Ini kerana skrin pada smartphone adalah terlalu kecil untuk membaca sebuah artikel penuh.
Saya juga sudah kurang risau untuk mengecaj bateri smartphone, kerana walaupun baterinya habis, saya masih boleh berhubung dengan rakan-rakan saya melalui Internet menggunakan iPad. Hayat bateri pada iPad sangat tahan, lebih-lebih lagi kerana anda tidak menggunakannya setiap masa seperti mana anda menggunakan smartphone.

Menggunakan langganan Internet berbeza untuk gajet berbeza

Hanya dengan satu modem Wifi, saya boleh menyediakan sambungan Internet bagi smartphone, laptop, serta iPad. Jadi saya telah berhenti menggunakan sambungan Internet yang berbeza bagi setiap peralatan kerana ianya membazir dan memakan kos yang tinggi.

Membeli buku

Walaupun saya masih banyak membaca buku fizikal, namun saya cuba kurangkan membeli. Jimat kertas, sayangi alam sekitar, dan senang kalau saya nak pindah rumah sebab tak payah angkat kotak berat-berat.

Pergi ke Starbucks

Satu-satunya sebab saya pergi ke Starbucks adalah sambungan Internet yang percuma. Tapi kalau saya kira bil Frappucino saya lah kan, rasanya dah boleh bayar langganan Internet selama 5 tahun. Terima kasih kepada modem Wifi, saya tidak perlu lagi ke Starbucks. Pergi Restoran Pelita sudah.
Anda mungkin juga meminati:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar